Saturday, March 6, 2010

keperluan bayi dan bakal ibu

salam ..di sini zura nak kasi info serba sedikit mengenai keperluan ibu mengandung..soalan ni zura tanya di salah sebuah forum...(time pregnant kan Batrisyia dlu :) )

ni soalan2 zura ajukan ..

assalamualaikum..

saya sebenarnya malu nak tanya.kepada saudara mara..itu terpikir dari sini saja yang mampu saya tanya dan meminta pendapat dr akak2 atau adik2 yang berpengalaman..

1. saya sekarang sudah mengandung 4bln lebih,ingin tahu apa perlu dimakan bagi ibu yang sedang mengandung ?selain dr kerang,bayam,daging,ayam..


2. dan surah apakah perlu diamalkan..betul ke kena perbanyakan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

3. selain ubt dr klinik ,saya ada mengambil salindah seawal usia kandungan 3bln lagi.

4. saya hendak bertanya apakah perlu di beli dan disediakan..untuk barangan keperluan bayi serta ibu ...

5.ubat bagi ibu selepas bersalin..apa yang perlu saya ambil untuk selepas bersalin..



JAWAPAN NO 1

'salam

tahniah kerana bakal menimang cahayamata... walaupun masih jauh perjalanannya tetapi persediaan mental & fizikal untuk menerima kehadiran orang baru harus bermula seawalnya (malah seawal memilih pasangan hidup... :-D ) banyak soalan adik ni... biar akak jawab satu persatu...

1. apa yang perlu dimakan?
makan makanan yang berkhasiat, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. sebaiknya masak sendiri, kurangkan makan di luar dan juga makanan yang kurang berkhasiat (seperti kudap-kudapan dan fast food) kerana banyak monosodium glutamate, garam, perisa, pewarna dll yang mungkin berlebihan.
makan sedikit tetapi kerap, maknanya jangan tunggu sehingga terlalu lapar baru nak makan. awasi kandungan gula & tekanan darah. berat ibu hamil akan bertambah 1/2 kg sebulan semasa trimester pertama dan 1-2 kg sebulan masa trimester ke2 dan ke3. purata pertambahan berat antara 10-15 kg selama 9 bulan.

2. ya banyakkan baca surah2 tersebut malah semua surah dalam Al Quran elok dibaca. Sementara masih belum sibuk dengan anak kecil ni, rajin2 lah khatam Al Quran. insya Allah akan dipermudahkan segalanya.

3. vitamin dan ubat dari klinik baik dimakan terutama asid folik, B complex, ferum, vitamin C dll sebagai supplement walaupun semua zat itu boleh diperoleh dpd makanan harian.

4. apa yang perlu dibeli? buat senarai keperluan bayi... baju, lampin kain, diapers, bedak, sabun, baby wipe dll. Baju baby jangan beli terlalu banyak sebab baby cepat membesar, sekejap saja dia dah tak boleh pakai baju newborn dia. belilah sedikit demi sedikit supaya last minute nanti tak beban sangat beli barang banyak sekaligus... lagipun takut nanti dah tak larat nak shopping sebab perut dah memboyot. :-D boleh mula beli barang bila dah masuk 5-6 bulan, waktu tu selalunya dah tak mabuk/pening dah... Beli ikut keperluan... ibu bapa selalunya excited beli macam-macam tetapi akhirnya tak diguna pun contoh macam katil bayi (beli mahal2 last2 baby tidur sama dengan mak bapak sampai besar... :lol: saya lah tu...)

5. ubat untuk ibu bersalin? sekarang ada macam-macam produk di pasaran yang mudah dimakan contoh Nona Roguy, deWajah, Salindah, Mustika Ratu dll. Pilihlah mana yang berkenan... baca dan banyak bertanya kepada yang pernah guna. Akak makan produk deWajah masa anak pertama then anak ke2 makan Nona Roguy. kedua-duanya okay... tak beli set lengkap beli mana yang patut saja. Ini pun kena plan awal sebab kosnya juga agak tinggi (ratusan RM jugak).

Nasihat tambahan...
1. banyakkan membaca buku/artikel tentang kehamilan dan kelahiran.
2. jaga emosi, perilaku dan kata-kata kerana ia sedikit sebanyak ada memberi kesan kepada anak dalam kandungan.
3. bersedialah dengan ilmu berkaitan penyusuan ibu. akak amat menggalakkan penyusuan ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun walaupun ibu bekerja.

good luck. semoga semuanya berjalan lancar. insya Allah.


:-)


JAWAPAN NO 2


Tahniah azura akhirnya jadi mak/ibu/ummi..

apa-apa pun kalau nak beli, beli sikit-sikit.. tak lah terasa berat perbelanjaannya..

seperti nasihat sebelum ini, sentiasa kawal emosi, nanti effect pula anak dalam perut.. ucapkan kata-kata yang baik agar dari awal lagi anak mendengar kata-kata yang baik dan mulia..

Bagus makan salindah, anak cergas dan susah dapat penyakit.. tu kata orang lah..


Petua Mudahkan Bersalin..

Petua 1

Petua ni sesuai benor untuk suami isteri yang bakal menimang anak.

Ketika kandungan mencapai usia 6 bulan,
amalkan minum minyak kelapa asli,
sebanyak 1 sudu teh setiap hari.

Cara membuat minyak kelapa....

ambil beberapa bijik kelapa tua
parut dan perahkan santan itu...
masaklah sehingga mengeluarkan minyak
biarkan sejuk....
simpanlah dalam bekas yang bertutup...


Petua 2

sentiasa solat malam dan amalkan solat dhuha sejak awal kehamilan. biasakan meminta maaf pada suami dan ibu(temasuk ibu mertua). selalu minta suami dan ibu doakan agar selamat melahirkan.

petua orang lama yang diakui berkesan....

-biasakan cuci bilik air tika trimester terakhir
-minum air yang turun dihujung rambut sambil selawat dan niat moga mudah bersalin
-makan bendi banyak banyak bila cecah 6 bulan ke atas
-er..... kerap bersama dengan suami minggu minggu terakhir
-... waktu sakit tu... buat 'nipple stimulate'(pm saya untuk lebih pemahaman :P)
-minum cincau bila 7 bulan ke atas
-banyakkan berjalan/ berenang

waktu dah rasa sakit sangat nak bersalin, minum kopi pekat. ini untuk elak rengat/ sakit yang lebih sakit dari bersalin(biasa nurse akan bagi ubat untuk sakit tu

**segalanya datang dari ALLAH. ni setakat usaha semata

harap dengan serba sedikit info yg zura beri ni..dapat le membantu para2 bakal ibu ye..

0 comments: