Tuesday, July 28, 2009

Petua untuk suami

A. Petua menjaga hati isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-
tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.


B. Petua mencurahkan jalinan kasih

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri

2. Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan - Senyuman - Perbualan mesra - Gurauan - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain

3. Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.


C. Petua mengetahui cinta pasangan hidup

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk
diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing- masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

D. Petua menjadi lelaki pilihan

Ciri-ciri lelaki pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri.

Lelaki pilihan wanita

1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

E. Petua menghadapi pertengkaran

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.
Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.


Petua-petua menghadapi Pertengkaran

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama lerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan
sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu... !", "Engkau bodoh... !", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu... ", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya... " dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalaspertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak- anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan
keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan
pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.
Calon-calon isteri pilihan.
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki

Banyak untung kalau kenal lelaki oleh DR. HM TUAH
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?


Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Saturday, July 18, 2009

63 Petua Bahagia, Dari Datuk Dr Fadzilah Kamsah

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

( Emosi

© Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

( Hobi

© Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

sumber: harian metro

Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum
berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum
berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah
SWT di syurga kelak dengan seorang
lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullull ah SAW bersabda " Tiada si
bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini
kerana ada juga lelaki belum berkahwin
yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah
diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanit a ini juga akan dikahwinkan oleh
Allah SWT dengan lelaki daripada ahli
syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia
sedangkansuaminy a tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia
yang masuk syurga sedangkan suaminya
tidak masuk syurga, akan di kahwinkan
oleh Allah dengan serorang daripada
lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah
berkahwin .
Wanita ini akan berada bersama suaminya
di syurga kelak sekiranya suaminya masuk
syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak
berkahwin sesudahnya.
Wanit a ini akan tetal bersama suaminya
yang dikahwini di dunia sekiranya
suaminy a masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan
berkahwin sesudahnya.
Wanit a yang kematian suami dan berkahwin
lain akan bersama lelaki yang terakhir
dikahwin inya di dunia tidak kira berapa
kali dia berkahwin. Suami yang terakhir
adalah suaminya di syurga sekiranya
suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda. "Wanita
adalah
kepunyaan suaminya yang terakhir.

Wal lahualam ...

Tuesday, July 14, 2009

Sekadar Peringatan ( Maap kaum lelaki )

Petua atau Panduan Mengenal Gelagat Suami Mempunyai Buah Hati

1. Suami Lewat Balik Pejabat

Jika suami anda, tiba-tiba sejak kebelakangan ini kerap balik lewat, maka ia petanda awal ada kurang baik kepada isteri. Jika ditanya kepada suami mengapa beliau kerap balik lewat, sudah tentu suami sudah bersedia dengan jawapan-jawapan yang menyakinkan, antaranya:

>Abang ada overtime
>Abang ada kerja lebih luar
>Abang ada meeting
>Abang ada dinner
>Abang jumpa kawan
>Abang jumpa bos
>Abang busy

2. Suami Anda Kelihatan Segak, Bergaya dan Kemas Seperti Orang Muda

Jika suami anda tiba-tiba berminat menjaga keterampilan diri sejak kebelakangan ini, ia juga petanda awal yang suami anda mempunyai buah hati. Perhatikan perubahan gelagat suami berikut:

>Suami kelihatan bergaya dan semakin segak
>Suami berpakaian semakin kemas
>Suami mengenakan baju, seluar dan tai baru
>Suami anda berambut kemas dan mula memakai penghitam rambut
>Suami memakai perfume dan wangi-wangian
>Suami anda mula menjaga kebersihan dan kelicinan muka dengan memakali alat pembersih dan kecantikan muka seperti facial wash, facial toner dan moisturiser.

3. Suami Baru Balik Dating dan Berbau Wangi

Apabila suami anda balik lewat malam, intai kelakuannya sejak kebelakangan ini. Jika dia balik lewat dan selalunya terus makan, tetapi sejak kebelakangan ini dia terus mandi tanpa makan dahulu...maka isteri perlu peka perubahan ini.

Lihat apa yang saya cuba terangkan. Suami apabila balik lewat mungkin baru balik dari dating dengan buah hatinya. Ketika dating atau dinner bersama buah hati, buah hati akan memegang tangan atau lengan suami. Jadi sudah tentu wangian atau perfume buah hati akan melekat pada lengan baju suami. Suami cuba menyembunyikan keharuman ini dengan cara cepat-cepat menanggal baju dan meletakkan dalam bakul baju kotor.

Suami juga mungkin terus mandi bagi mempastikan wangian asing yang dibawa daripada buah hatinya tidak tersemerbak dalam rumah yang boleh menimbulkan syak wasangka isteri.

Sebenarnya, isteri masih boleh mengesan perubahan ini. Senang saje, apabila suami balik dan tanpa pengetahuannya, pergi ke tempat bakul baju dan cium pakainya terutama di kawasan lengan dan bahu di mana tempat buah hati bersandar manja dan pegang tangan suami anda!

Walaubagaimanapun, ada satu keadaan di mana wangi-wangian buah hati tidak mungkin dikesan oleh isteri. Iaitu apabila suami dan buah hati berdua-duaan di mana suami membuka baju!!

Selain wangi di baju, wangi asing boleh juga datang daripada badan suami. Isteri boleh mengesannya apabila suami tidur bersamanya. Mengapa ini terjadi? Satu daripada kemungkinannya ialah apabila suami anda menggunakan gel atau lotion yang terdapat dalam bilik mandi di hotel (terutama 5-star hotel). Mungkin suami telah berdua-duan dalam bilik hotel dan kemudian mandi. Apa yang perlu isteri buat ialah bertanya kepada suami mengapa badannya wangi. Tengok jawapannya, adakah ia memuaskan hati isteri!

Bagaimanapun, suami yang bijak beliau tidak akan terus tidur selepas balik daripada hotel. Sebaliknya suami akan mandi sekali lagi dirumah bagi menghilangkan bau wangi gel dan lotion daripada hotel. Suami yang lebih bijak pula tidak akan menggunakan gel dan lotion ketika mandi selepas berdua-duan di hotel.

4. Suami Kerap Ber SMS

Jika sejak kebelakangan ini suami anda kerap ber sms ketika di rumah, mungkin ia memberi petunjuk kepada isteri yang suami sedang bersms dengan buah hatinya. Suami akan kerap ber sms ketika menonton tv, berehat dan sedang berbaring-baring.

Bagaimanapun, jika isteri bertanya mengenai ber sms, suami akan mengatakan ia sedang menghantar sms kepada rakan pejabat, kawan-kawan atau abang atau kakaknya. Jadi suami boleh terlepas daripada anggapan serong oleh isteri. Tetapi, kalau suami kerap sangat ber sms, maka isteri perlu serious terhadap perangai suami anda itu.

Ada dua cara bagi mengesan sms suami itu.

(i) Kalau ada peluang cuba cek sms yang diterima (inbox) dan dihantar oleh suami (sent). Kalau anda dapat membaca sms yang berunsur cinta sudah tentu isteri dapat memerangkap suami. Tetapi biasanya suami bijak. Dia akan delete maklumat buah hati dalam "inbox" dan "sent". Kalau suami terlupa, ia menjadi perangkap mudak kepada isteri.

(ii) Lihat bil taliponnya pada setiap bulan. Lihat nombor yang kerap beliau hantar (send) sms terutama waktu-waktu yang mencurigakan, katakan selepas 10 malam. Isteri ambil nombor tersebut dan kemudian memanggilnya dengan menyamar!

Tetapi, suami cerdik juga. Bagi mengelak sms dibaca oleh orang lain, nombor yang terpapar pada skrin telefon bimbit akan ditukar kepada nama lain bagi mengelirukan isteri. Kalau buah hati bernama Halimah, ia akan menukar kepada Halim; kalau Fadhilah, ia menukar kepada Fadhil atau sebarang nama lelaki. Suami memang bijak.

Suami yang lebih cerdik akan menggunakan 2 telefon bimbit, satu untuk buah hatinya dan satu untuk kegunaan biasa. Telefon bimbit untuk buah hati akan disorok dalam brief case nya atau disimpan dalam kereta.

Yang lebih cerdik, bil telefon akan menggunakan alamat pejabat atau alamat rumah buah hatinya. Dalam keadaan ini, memang sukar isteri menjerat suami yang punya buah hati.

5. Telefon Bimbit Sentiasa Ditangan

Jika sejak kebelakangan ini suami kerap memegang tefefon bimbit ketika dirumah, ia juga petanda awal yang suami mempunyai buah hati. Maklumlah suami akan bersms dengan buah hati ketika isteri sedang leka menonton, melayan anak, menguruskan hal dapur atau mengemas rumah. Dan jika suami meninggalkan telefonnya, takut-takut sms buah hati akan masuk dan dibaca oleh isteri dan anak-anak.

Suami pun pandai juga, bagi mengelakkan ia dibaca oleh isteri, suami akan membawa handphone ke dalam bilik air (jika mandi) atau menyorok di atas almari atau dicelah-celah buku.

6. Suami 'Semakin Sayang' Kepada Isteri

Jika suami 'semakin sayang' kepada isteri sejak kebelakangan ini, ia juga ada udang disebalik mi. Sifat semakin sayang ini adalah bagi mengabui mata isteri bagi mengelakkan sebarang tanda-tanda curiga yang suami ada buah hati.

Suami mungkin tiba-tiba suka mencium isteri sebelum pergi kerja; menghadiah isteri dengan baju, jam tangan atau wangian dimana sebelum ini sifat pemurah suami ini jarang berlaku!

7. Suami Lunch dan Dinner Dengan Buah Hati

Petanda yang nyata ialah apabila suami anda selalu dinner dengan buah hati. Mula-mula sekali, kemudian sesekali dan kemudian kerap kali. Sekali atau dua dinner atau lunch tidak cukup memberi penanda yang suami punya buah hati. Isteri sesekali hendaklah 'mencuri' melihat dompet suami atau dalam kocek baju samada terdapat bil-bil makan di hotel, Secret Recipe, Victoria Station atau tempat lain yang mempunyai dua order! terutama dinner kerana masanya panjang untuk dating.

Macam mana pun kalau suami anda lebih cerdik, dia tak akan membawa bil-bil balek tetapi akan dibuang selepas makan.

Kalau isteri lebih rajin, beliau hendaklah mencuri menyemak penyata kad kredit suami--kalau terjumpa bil-bil makan berdua yang meragukan. Bagaimanapun, suami yang lebih bijak akan membayar secara cash dan kemudian akan mengoyak dan membuang bil; dan isteri tak boleh kesan juga.

8. Suami Membeli Pakaian dan Perfume Untuk Membuah Hati

Suami yang mempunyai buah hati akan menghadiahkan buah hati dengan pakaian dan perfume sempena hari jadi atau saje-saje. Isteri berpeluang mengesan tanda ini apabila terjumpa bil-bil membeli pakaian, perfume atau hadiah lain dalam dompet suami atau kocek baju. Ia boleh juga dikesan daripada penyata kad kredit suami.

Macam mana pun, seperti kes pergi dinner atau lunch dengan buah hati, suami akan menggunakan cash semasa membeli dan kemudian mengoyak dan membuang bil-bil tersebut.

Tips Untuk Menjadi Suami Mithali

Banyak tip untuk menjadi suami mithali, disini ada 10 tips untuk bakal pengantin lelaki. Antaranya ialah :-


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat
positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum,isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu
pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun
mesej tersebut.
.
7. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri,
mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

8. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

9. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?

10.Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin

Sebagai Panduan Untuk Kita Bersama

1. Berhiaslah untuk isteri anda sebagaimana anda senang apabila ia
berhias untuk anda.
2. Merayu isteri dan mencandainya.
3. Mempergaulinya dengan lemah lembut dan kasih sayang.
4. Penuhi kesenangannya untuk berbicara dan bercakap-cakap
(bercengkerama).
5. Panggillah isteri dan nama kesukaannya.
6. Jauhilah sikap emosional dan tempramental.
7. Berilah isteri anda rasa aman dan tenang.
8. Membuatnya gembira dengan pemberian yang mengejutkan.
9. Masuklah ke dalam rumah dengan wajah berseri-seri dan tersenyum.
10. Berlemahlembutlah dalam berbicara.
11. Bicarakanlah sesuatu yang menyenangkannya.
12. Memujinya di hadapan keluarga anda dan keluarganya.
13. Menghargai penampilannya.
14. Berikanlah hadiah (romantis) semisal bunga atau selainnya
sebagai penguat cinta diantara keduanya.
15. Hilangkanlah kejenuhan rutinitas sehari-hari dengan bertamasya
(rihlah) atau selainnya.
16. Terimalah kekurangan-kekurangannya karena tidak ada manusia
yang sempurna.
17. Jagalah diri dari perkara-perkara sepele yang dapat bertumpuk
menjadi masalah besar.
18. Bantulah isteri anda dalam urusan-urusan rumah tangga.
19. Jangan kikir dengan perasaan anda. Ekspresikan perasaan anda kepadanya dengan kelembutan dan kejujuran.
20. Hargai akal dan buah pemikirannya.
21. Selalulah berbaik sangka kepada dirinya.
22. Bangkitkanlah perasaannya bahwa ia adalah wanita yang ideal
bagi anda.
23. Bantulah ia meningkatkan kemampuannya.
24. Jagalah perasaannya terutama di saat haidh dan hamil.
25. Bantulah dirinya di dalam mengurusi anak-anak.
26. Hormati keluarganya, berbuat baik kepada mereka dan tidak
melarangnya untuk mengunjungi keluarganya.
27. Makan bersama di rumah atau tempat lain yang tenang dan aman
dari fitnah.
28. Berikan pujian dan sanjungan kepada dirinya.
29. Jagalah rahasianya dan janganlah menyebarkannya.
30. Jagalah hak-haknya dan janganlah menyia-nyiakannya.
31. Berbuat adillah kepada dirinya.
32. Perlakukanlah dirinya dengan baik dan lemah lembut.
33. Bersikaplah realistis dan jadikanlah dirinya sebagai isteri
yang ideal bagi anda.
34. Bekerja sama dengannya di dalam ketaatan kepada Allah.
35. Janganlah anda terlalu sering meninggalkan dirinya dan rumah.
36. Yang lalu biarlah berlalu dan jangan suka mengungkit-ungkit
kesalahan yang telah berlalu.
37. Jangan memberikan peluang kepada orang lain untuk mencampuri
urusan rumah tangga anda.
38. Jauhi motivasi yang buruk tatkala menikah.
39. Jagalah kesehatannya secara intensif.
40. Ajaklah isteri anda ke dalam kebahagiaan anda.
41. Kirimlah surat kepadanya apabila anda jauh darinya.
42. Jelas dan tidak tergesa-gesa apabila anda meminta sesuatu
padanya sehingga dia faham dan tidak bingung dengan apa yang
anda inginkan.
43. Maklumilah kecemburuannya dan maafkanlah.
44. Bantulah dirinya di dalam menghadapi persoalan-persoalan yang
menyusahkan dan membosankan.
45. Ikutilah petunjuk Islam ketika isteri anda berpaling.
46. Jangan menganggap diri anda selalu benar.
47. Mengikuti petunjuk Islam tatkala melakukan hubungan intim.
48. Tidak mendatangi isteri dari dubur atau tatkala haidh.
49. Menjaganya dari pandangan-pandangan jahat manusia.
50. Memberinya anggaran khusus selain biaya hidup sehari-hari.
51. Nikmatilah nikmatnya lupa terutama yang berkaitan dengan
musibah-musibah yang menyedihkan, kesalahan-kesalahan dan
perilaku isteri di masa lalu.
52. Janganlah anda menunggu-nunggu mukjizat, karena isteri anda
adalah unik dengan karakternya dan janganlah anda memaksanya
berubah sekehendak anda. Terimalah dirinya apa adanya, tutuplah
mata dari kelemahan-kelemahannya dan bukalah mata dari
kelebihan-kelebihannya. Insya Allah isteri anda akan semakin mencintai anda.

Tip Untuk Mengeratkan Kasih Sayang Suami Isteri

1.. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur .

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman bekas suami

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Petua Rumah Tangga

BAGI YANG TELAH BERUMAHTANGGA, CETAK HALAMAN INI DAN LEKATKAN DI DINDING BILIK UNTUK DIBACA BERSAMA-SAMA SUAMI DAN ISTERI.

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8- Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

KEWUJUDKAN suasana bahagia dalam sebuah rumah tangga sering menjadi impian pasangan suami isteri. Ia boleh dicapai apabila semua ahli keluarga bekerjasama menuju ke arah itu.
Tetapi individu yang paling penting menjamin kebahagiaan keluarga ialah lelaki sebagai bertindak sebagai suami yang penyayang dan dan ayah yang pengasih.

Untuk menjamin kebahagiaan keluarga, seorang ayah perlu bijak memikul tanggungjawabny​a terhadap isteri dan anak. Ayah perlu melayani anak dengan penuh kasih sayang. Pupuk rasa kasih sayang sesama anak, tepati janji terhadap anak dan juga perlu menghormati anak jika mereka mahukan anak menghormati dengan mendengar kata orang tua.

Dalam mewujudkan perhubungan harmoni dengan isteri pula, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ada memberi beberapa petua untuk menambat hati isteri. Antara petua itu ialah:
1) Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum melakukan kerja lain.
2) Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
3) Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
4) Beri masa sekurang-​kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
5) Tolong masak atau makan di luar sekali sekala.
6) Beri pujian mengenai penampilan isteri : rambut, wajah dan pakaian.
7) Apabila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon di rumah
8) Apabila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, meletakkan surat khabar atau tutup televisyen.
9) Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
10) Beritahu apabila anda ingin berehat atau tidur.
11) Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.
12) Tolong temankan isteri apabila beliau melakukan kerja bersendiri pada waktu malam seperti melipat baju, gosok baju dan menjahit.
13) Beribadah bersama.

Sebenarnya, ada banyak banyak cara untuk mewujudkan rumah sebagai syurga dunia yang dihuni oleh suatu keluarga yang tenang dan harmoni. Antaranya ialah Suami isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing dan belajar menerima kelemahan masing-masing Perlu menerima dengan hati terbuka dan berusaha mengatasi dengan baik pelbagai masalah yang timbul.

Suami perlu belajar mengucapkan kata maaf atau memeluk dan mengucup dahi isteri sebagai tanda minta maaf apabila melakukan kesalahan. Isteri perlu menerima maaf suami yang ada kala tidak diucap tetapi cukup dengan perbuatan saja. Suami perlu bijak memujuk isteri menggunakan psikologi dan membeli hadiah walaupun murah.

Akidah, akhlak baik wujudkan kebahagiaan rumah tangga

SEMUA mendambakan rumah yang aman damai ibarat syurga tanpa gangguan dan ketakutan. Segala kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan, suka dan ceria terangkum dalamnya. Hal ini dilukiskan dalam sebuah harapan, ‘Rumahku Syurgaku’.

Syurga tidak disediakan Allah untuk syaitan, tetapi disediakan untuk orang beriman, yang sentiasa menyucikan dirinya dan membersihkan jiwanya dengan taat kepada Allah.

Pada awal penciptaannya, iblis bapa syaitan tinggal dalam syurga. Disebabakan sikap iblis yang sombong dan bongkak, maka Allah melaknat dan menghalaunya dari syurga berdasarkan firman-Nya bermaksud: “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka (manusia) mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya.” (Surah al-A’raaf, ayat 18)

Dalam kitab Buyut laa tadkhuluha asy-syayathin (Rumah yang tidak dimasuki syaitan) karangan ulama Asia Barat, Ahmad As-Sayim, menerangkan ada dua kriteria penyebab rumah tidak akan ditembusi syaitan dan tidak akan dirasuk jin iblis.

Kriteria pertama kerana ibadat diamalkan dan aqidah dipegang orang yang berada dalam rumah itu, manakala kedua, kerana akhlak dan perilaku penghuninya. Penghuni rumah itu terdiri daripada orang yang sentiasa menjaga akhlak, kelakuan dan perilaku ketika berinteraksi sesama anggota keluarga, rakan taulan serta jiran tetangga.

Ciri rumah mereka yang menjaga ibadat:
Penghuni rumah yang sentiasa menyucikan dirinya dan sentiasa ingat kepada Allah, mereka menjaga kesucian badan, membersihkan diri selepas buang air besar atau kecil dengan cara yang betul, tidak membuang air besar di dalam air.

Kebersihan diri menjadi budaya dan sebagai ibadat dalam bentuk mandi kerana hadas besar seperti mandi junub, haid dan nifas, menggosok gigi dengan siwak, memotong kuku, mencukur bulu, merapikan janggut dan lain-lain.

Mereka juga menjaga kebersihan batin. Hatinya suci daripada dendam dan hasad dengki. Lidahnya dijaga supaya tidak menyakiti orang lain serta tidak menuturkan kata kotor dan tidak berfaedah. Fikiran dan lidahnya hanya mengingat dan menyebut Allah sepanjang waktu.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri?” (Surah al-Baqarah, ayat 222)
Rumah dipenuhi alunan bacaan al-Quran dan zikrullah. Orang yang sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah perumpamaan mereka seperti digambarkan dalam firman Allah bermaksud: “Mereka itu ialah : Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, serta menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakan orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Surah at-Taubah, ayat 112)
Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap benar, jujur dan memenuhi janji.
Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal saja. Makanan halal dari segi penyediaannya menurut syariat, tidak diambil daripada harta anak yatim, bukan hasil rampasan, penganiayaan, penipuan, bukan hasil rasuah dan bukan hasil riba.
Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturahim. Rumah yang dipenuhi kecintaan, kasih sayang, kelembutan, tolak ansur, sabar adalah orang yang menjaga silaturahim. Menghubungkan silaturahim wajib mendapat pahala dan memutuskannya haram dan berdosa.
Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Mereka menyayangi kedua ibu bapanya, tidak derhaka kepada keduanya, menghormati keduanya, mendengar nasihat mereka dan bermesyuarat dalam sebarang keputusan yang akan diambil. Apabila ibu bapa sudah tua, berikan perhatian terhadap diri dan emosi, kesihatan, kewangan dan apa juga keperluan mereka.
Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang salih dan salihah, saling faham memahami, bekerjasama serta bertolak ansur.
Rumah yang penghuninya melaksanakan hak dan kewajipannya. Suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak masing masing. Bukan suami curang dan isteri derhaka.

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.


8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Tips mengambil hati pasangan

Tips mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami
Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Tips mengambil hati isteri
Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Tuesday, April 21, 2009

Suami Mithali Idaman Isteri

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia..

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Sunday, March 29, 2009

Kuasa Seorang Perempuan!!



Assalamualaikum wbt...

Hari ni sedang duk search ternampak la satu site yang artikelnya sungguh menarik dan menceritakan tentang Kuasa Seorang Perempuan.. disini saya sharekan dengan kawan2..kaum lelaki jangan marah yer..bukan nak agung2 dan bermegah2 mengenai artikel ni.ape2pun syurga isteri di bawah telapak kaki suaminye :)suami adalah ketua keluarga dan pemimpin isteri dan anak-anak.. jom kita baca...

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya)

Saturday, March 28, 2009

~Ainul Mardhiah Batrisyia~



Assalamualaikum wbt..

Entry yang ini saya nukilkan kerana ada sesetengahnya di antara kita (especially orang lelaki la...) berkira sangat nak beri hadiah kepada isteri (tapi tak pula berkira kalau beri hadiah kepada kekasih, eh? Iya ke?)

Jangan salah faham, saya mengulas secara 'general', sebab agak kerap saya dengar atau baca di sana-sini, komen tentang suami yang bukan saja tidak ambil pusing malah meremeh-temehkan soal pemberian hadiah kepada isteri. Bagi saya senang aje, ada duit sendiri, belilah hadiah untuk diri sendiri, lagi puas hati sebab titik peluh sendiri.... Sebelum entri ini, saya fikir menerima hadiah tidaklah sepenting mana, "Alaaa... orang perempuan emo lebih, tak dapat hadiah dari suami, muncung boleh panjang sedepa!" Rupa-rupanya tanggapan saya salah sama sekali.

Hadiah diambil dari kata bahasa Arab, dan definisinya, pemberian seseorang yang sah memberi pada masa hidupnya, secara kontan tanpa ada syarat dan balasan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)

Amalan memberi hadiah menjadi sunnah hidup dan terjadi di mana-mana sejak zaman dahulu hingga sekarang. Kita maksudkan hadiah di sini termasuklah sedekah, pemberian 'athiyyah dan seumpamanya. Tapi suami zaman sekarang tak macam Nabi. Ada yang kedekut pulus, tak pandai nak ambil hati isteri tapi mengharapkan servis dari isteri nak yang top-ngetop meletop. Kalau tidak diminta hantaran masa kahwin dulu, agaknya tak merasalah si isteri mendapat hadiah... Sedih betul...

Sebenarnya, amalan memberi hadiah memberi sumbangan yang positif dalam hubungan di antara individu dan individu seterusnya antara masyarakat di mana ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim, bahkan ianya dapat meringankan beban mana-mana individu dan anggota masyarakat yang berhajat dan memerlukan bantuan. Dengan demikian hubungan dan jurang di antara orang yang berada dan orang yang tidak berada dapat dirapatkan. Banyak lagi kelebihan-kelebihan dan fadilat yang tersirat daripada tujuan pemberian itu.

Mungkin ada yang perasan, saya letakkan satu hadis yang cukup sinonim dengan 'amalan memberi hadiah' di bawah 'signatory' akaun gmail saya [start Februari dah tukar hadis lain]. Hadisnya berbunyi, daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim. " (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Rasulullah SAW sangat menggalakkan sikap suka memberi, samada atas nama sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan. Hal ini disebutkan dalam sabda baginda yang bermaksud, "Nabi SAW suatu hari keluar untuk mengerjakan sembahyang hari raya, lalu baginda bersembahyang dua rakaat. Dan baginda tidak pernah melakukan sembahyang (hari raya) sebelum ia diperintahkan dan sekalipun selepasnya. Kemudian baginda dan bersamanya Bilal pergi ke tempat sekumpulan perempuan dan menyuruh mereka agar bersedekah, maka (atas perintah itu) seorang perempuan menanggalkan gelang dan kalungnya untuk disedekahkan. " (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sabda baginda lagi ketika di atas mimbar yang bermaksudnya: "Dan baginda menyebutkan tentang sedekah, menjaga kehormatan diri, dan tentang meminta-minta. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Maka tangan di atas itu adalah yang memberikan nafkah sedang tangan yang di bawah adalah yang meminta." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Perbezaan Di antara Sedekah, Hadiah Pemberian dan 'Athiyyah

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan 'athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa. (Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

Sementara yang dikatakan sebagai 'athiyyah itu ada dua macam iaitu pemberian seseorang yang dalam keadaan maradh al-maut atau sakit yang membawa kematian disebut sebagai wasiat, dan 'athiyyah ketika masih hidup sama ada bentuk wakaf, hibah atau hadiah. (Al-Tahzib: 4/509)

Di dalam istilah syara' pula, pemberian itu bolehlah diertikan sebagai suatu perjanjian (aqad) yang memberikan kuasa pemilikan kepada seorang lain tanpa mengharapkan sebarang gantian atau pertukaran ('iwadh), pada ketika orang yang memberi itu masih hidup.

Hukum Memberi Hadiah

Menurut Ijmak ulama hukum segala jenis pemberian itu adalah sunat kerana pemberian itu suatu kebajikan, ketaatan, belas kasihan dan ia memberikan pengaruh yang positif di masyarakat; baik bagi yang memberi mahupun yang menerima. Di samping itu ia juga dapat menzahirkan sikap kasih sayang, mengeratkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama manusia. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Qur'an, (Mughni Al-Muhtaj: 2/537) sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Bagi yang memberi, itu sebagai cara melepaskan diri dari sifat bakhil, saranan untuk saling menghormati dan sebagainya. Sedangkan kepada yang diberi, sebagai salah satu bentuk memberi kelapangan terhadapnya, hilangnya kecemburuan dan kecurigaan, bahkan mendatangkan rasa cinta dan persatuan dengan sesama... TAPI hati-hati, hadiah tak boleh disamakan dengan suapan (rasuah)!

Galakkan Sikap Suka Memberi

Galakkan suka memberi itu juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis baginda supaya umatnya sentiasa berkasih sayang sesama mereka. Hal ini digambarkan oleh gaginda dalam sabdanya yang bermaksud, "Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan." (Hadis riwayat Malik)

Sikap saling memberi juga melahirkan kasih sayang sekalipun pemberian itu kecil, kerana pemberian yang kecil atau sedikit bukanlah suatu kehinaan di sisi Allah, bahkan ia akan tetap mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada-Nya. Perkara yang penting bahawa pemberian itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana ikhlas itu roh pemberian. Pemberian yang tidak ikhlas dalam makna berpura-pura atau riya' adalah tidak berguna. Perkara pemberian walau kecil itu disebut melalui sabda baginda yang bermaksudnya: "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)

Kalau dianjurkan untuk dijadikan amalan masyarakat, kenapa tidak dimulakan dalam masyarakat yang lebih kecil, contohnya, mulakan di kalangan keluarga sendiri. Rasulullah SAW amat menggalakkan amalan memberi hadiah dalam rumahtangga kerana dengan cara ini, kasih akan bertambah kerana hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kepada kasih sayang suami terhadap isteri. Seorang suami tidak perlu menunggu isterinya memberi hadiah, sebaliknya suami hendaklah melakukan amalan ini terlebih dahulu. Ini sesuai dengan jiwa wanita yang sukakan sesuatu yang halus dan menggembirakan emosinya.

Sketsa Rumahtangga Rasulullah


Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: "Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu. Beliau (Ummu Kultsum) berkata: Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan ahdiah untuk isteri baginda.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., "Pada suatu ketika Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya. Kemudiah aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami (isteri) yang paling kamu sayang?" Jawab Rasulullah, "Siapa yang ada gelang di lengannya." Keesokkan harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang yang sama."

Kepentingan memberi hadiah

1. Simbol kasih suami terhadap isteri
2. Menggembirakan hati isteri
3. Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami
4. Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati. Sabda Nabi, "Hendaklah
kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan
membersihkan berbagai kekotoran hati/jiwa."
5. Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih
sayang.


Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai." Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, no. 594. Ibnu Hajar berkata, "Sanadnya shahih."

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati. Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."

Nah... Masih berkira-kira hadiahkan sesuatu kepada isteri?

Bagi isteri yang suaminya tak romantik atau berkira sangat nak beri hadiah, tak perlulah terasa hati. Terimalah suami seadanya dan redhalah dengan ketentuan Allah yang suami itu tidaklah sesempurna Rasulullah. Bukan senang untuk merubah manusia, tetapi kita boleh merubah diri sendiri. Untuk menggembirakan hati sendiri, isteri bolehlah berjimat-cermat atau simpan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan sendiri hadiah idaman hati. Bukankah ini lebih memberikan kepuasan?

Renung-renungkan & KamOo Fikir Lah Sendiri yer !~~

Mutiara Orang Sudah Berkahwin

Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh ' Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada

Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas
kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru
rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi)
dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah
pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini
ada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam"

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan
bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."


2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima ' dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak
mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan isterimu selepas zuhor,sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana
jima ' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka
kepada manusia yang bermata juling."

4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima ' , sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima ' yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima ' , (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta ?
iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan
yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api(bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan isterimu kecuali ada padamu
satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah
dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu secara berdiri,
maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing
di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan isterimu pada malam ' Aidil
Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak
baginya kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada malam
'Aidil Ad ha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima ' pada malam
tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku
bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu di bawah cahaya
matahari (secara langsung ? direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali
kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat
atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu sewaktu antara
azan dan iqomah, jika berjima ' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu semasa ia hamil
kecuali kamu berdua berwudhu ' , jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya ' ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda
yang jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu di atas loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta
kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :
"Innal Mubazziriina kaanu ? ikhwan Nas ? Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat."


ANJURAN BERJIMA '

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu bacalah : "Allahumma
Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian
itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan
oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima ' dengan isterimu pada malam
Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah
Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk
Qada ' dan Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada malam Selasa,
Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati
Syahid sesudah syahadah : ' Anla ilahaillallah wa anna Muhammada
ar-Rasulullah ' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)
bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan
hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu malam Khamis, maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu sewaktu matahari di
tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang
yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada hari Jumaat,
selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,
masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"


"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA

DARI JIBRIL A.S."?..1*



(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Pertanyaan yg lbh afdal (copy & paste )

Saya sendiri pernah bersalin dengan non-muslim. Anak sulung female bidan non-Muslim, anak kedua bidan lelaki Muslim dan bongsu bidan perempuan Muslim. Semua kelahiran normal.

Di atas kejahilan saya, saya terlepas pandang masalah berkenaan. Saya memohon agar Allah mengampunkan keterlanjuran saya itu.

Sebenarnya ada turutan dalam memilih pakar.
1. doktor wanita Muslim
2. doktor wanita non Muslim
3. doktor lelaki Muslin
4. doktor lelaki non Muslim.

Walau dalam apa keadaan sekalipun, IBU mesti ditemani dengan suami atau Mahram semasa sessi rawatan ini untuk mengelakkan fitnah dsb.

So memang puan boleh bersalin dengan pakar wanita non Muslim (ini kalau mengikut turutan di atas), setelah tiada pakar wanita Musllim di kawasan tempat tinggal.

Perbanyakkanlah istighfar agar Puan dilindungi dari godaan dan fitnah syaitan dan iblis sepanjang dirawat pakar non Muslim tersebut.

Boleh Normal tapi nak C Section ?

Tidak Allah berikan kita dugaan yang tidak boleh dipikul.

Setiap kesakitan, ujian dan dugaan yang Allah beri kepada kita adalah berdasarkan kepada kebijaksaan DIA.

DIA tahu tang mana kita lemah.

DIA tahu kat mana kita kuat.

Mengandung dan melalui proses sakit bersalin banyak bermain dengan emosi, psikologi.

Kalau rasa sakit, memang akan sakit. Kalau redha dan sabar, InshaAllah tetap sakit jugak tapi sakit tu kurang dengan istighfar yang berlanjutan.

Tak salah nak request untuk C Section kalau bersedia dan lebih suka akan cara itu.

Tapi nikmat mungkin tak sama dengan kelahiran normal.

Melalui kelahiran normal, IBU cepat kembali aktif dan boleh duduk tegak sejam selepas melahirkan.

Melalui kelahiran C Section, IBU kena tidur/rehat dan hanya boleh bangun keesokkan paginya (kalau tak silap .. ini saya banyak dengar cerita dari orang ... )

Saya cadangkan Puan cuba bersalin normal. Ini akan menjadi bahan cerita hingga ke anak cucu yang boleh Puan kongsi bersama. Memori indah.

Lagipun suami Puan boleh merakam video sepanjang proses kelahiran normal.

Kalau C Section tak boleh tangkap gambar sebab darah meleleh, perut terbuka luas.

Kalau bersalin normal Puan boleh susukan anak sejam lepas bersalin.

Kalau C Section baby akan minum susu botol sampai IBU boleh menyusukan sendiri lepas ubat bius habis dan IBU boleh duduk tegak.

Sakit kesan gunting dan jahitan di vagina tidak lama, dalam 2 minggu dah kering dan pulih.

Ada banyak cara untuk melegakan kesakitan bersalin normal. Kalau C Section boleh guna Epidural atau bius terus pengsan, kelahiran normal pulak kita boleh cuba suntikan Pethidin, sedutan gas Entonoks dan Epidural ... Banyak cara dan boleh juga berjalan2 dalam wad bersalin untuk hilangkan keresahan sakit.

Apapun IBU menyokong pilihan Puan. Walau apa cara sekalipun yang dipilih ia tidak menyalahi takdir dan bukan melawan takdir kerana apa yang dikatakan melawan takdir ialah memilih sesuatu yang haram dan salah di sisi hukum agama.

Apa yang Puan pilih adalah cara yang mungkin dapat menyelamatkan Puan dan bayi dari kesakitan dan mempercepatkan proses kelahiran.

Perasaan takut dan cemas tidak dapat dielakkan, this is normal.

Just relax, elak tengok drama atau movies yang sedih2 sebab ini boleh pengaruh emosi, be happy, enjoy your pregnancy deeply, be close to your family for a strong support, love yourself as much as you could, eat well, sleep early, take a walk 10 minutes a day, watch Oprah, read more, mengaji, solat sunat, cook your favorite food, go for a swim, eat your vitamins, take a hot bath whenever you can, .. Semua ini akan mengurangkan rasa cemas dan promote happy hormones.

Bila kita happy, semua benda akan jadi mudah ...

Menarik...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!


PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.


Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.


KELIMA.


Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH...
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..


Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.


Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU


Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Wednesday, March 25, 2009

Thursday, March 19, 2009

Senarai Atau Persediaan Barangan Baby

Hospital Checklist * Untuk Ibu *

1 Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2 Kad Pengenalan
3 Telefon Bimbit
4 Baju/Blouses 5
5 Stokin 2
6 Kain Batik 3
7 Baju/Seluar Dalam 5
8 Skaf Kepala/Ki 2
9 Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10 Majalah/Buku
11 Tuala Mandi
12 Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
13 Tuala Muka 1
14 Selipar 1
15 Kamera
16 Air/Minyak Selusuh
17 Minyak Angin
18 Air Zam Zam
19 Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
20 Termos Air Panas
21 Bag Plastik
22 Baju Sejuk (Sweater) 1
23 Sikat 1
24 Breast Pad 4
25 Nursing Bra 4
* Untuk Bayi *

1 Baby Diapers 6
2 Baju 3
3 Minyak Telon 1
4 Baby Wipes/Wet Tissue
5 Tuala Mandi 1
6 Stokin/Sarung Tangan Bayi 4
7 Peralatan Mandi
8 Selimut/Bedung 3
9 Barut 5
10 Topi 1

Keperluan Berpantang (Untuk Ibu)


1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (MemberiKeselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu KalauTandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahanSegar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)

Baby Gear

1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi


Diapering

1 Napkin 1 pek
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming

1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70%- cuci pusat sebelum luruh(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls

Nursering

1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding

1 Botol saiz S 2
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos


Travelling

1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlujika BreastFeed)
4 Infant Carriers

Bathing

1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

Extra

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

99galleries.com