Sunday, March 29, 2009

Kuasa Seorang Perempuan!!



Assalamualaikum wbt...

Hari ni sedang duk search ternampak la satu site yang artikelnya sungguh menarik dan menceritakan tentang Kuasa Seorang Perempuan.. disini saya sharekan dengan kawan2..kaum lelaki jangan marah yer..bukan nak agung2 dan bermegah2 mengenai artikel ni.ape2pun syurga isteri di bawah telapak kaki suaminye :)suami adalah ketua keluarga dan pemimpin isteri dan anak-anak.. jom kita baca...

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya)

Saturday, March 28, 2009

~Ainul Mardhiah Batrisyia~



Assalamualaikum wbt..

Entry yang ini saya nukilkan kerana ada sesetengahnya di antara kita (especially orang lelaki la...) berkira sangat nak beri hadiah kepada isteri (tapi tak pula berkira kalau beri hadiah kepada kekasih, eh? Iya ke?)

Jangan salah faham, saya mengulas secara 'general', sebab agak kerap saya dengar atau baca di sana-sini, komen tentang suami yang bukan saja tidak ambil pusing malah meremeh-temehkan soal pemberian hadiah kepada isteri. Bagi saya senang aje, ada duit sendiri, belilah hadiah untuk diri sendiri, lagi puas hati sebab titik peluh sendiri.... Sebelum entri ini, saya fikir menerima hadiah tidaklah sepenting mana, "Alaaa... orang perempuan emo lebih, tak dapat hadiah dari suami, muncung boleh panjang sedepa!" Rupa-rupanya tanggapan saya salah sama sekali.

Hadiah diambil dari kata bahasa Arab, dan definisinya, pemberian seseorang yang sah memberi pada masa hidupnya, secara kontan tanpa ada syarat dan balasan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)

Amalan memberi hadiah menjadi sunnah hidup dan terjadi di mana-mana sejak zaman dahulu hingga sekarang. Kita maksudkan hadiah di sini termasuklah sedekah, pemberian 'athiyyah dan seumpamanya. Tapi suami zaman sekarang tak macam Nabi. Ada yang kedekut pulus, tak pandai nak ambil hati isteri tapi mengharapkan servis dari isteri nak yang top-ngetop meletop. Kalau tidak diminta hantaran masa kahwin dulu, agaknya tak merasalah si isteri mendapat hadiah... Sedih betul...

Sebenarnya, amalan memberi hadiah memberi sumbangan yang positif dalam hubungan di antara individu dan individu seterusnya antara masyarakat di mana ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim, bahkan ianya dapat meringankan beban mana-mana individu dan anggota masyarakat yang berhajat dan memerlukan bantuan. Dengan demikian hubungan dan jurang di antara orang yang berada dan orang yang tidak berada dapat dirapatkan. Banyak lagi kelebihan-kelebihan dan fadilat yang tersirat daripada tujuan pemberian itu.

Mungkin ada yang perasan, saya letakkan satu hadis yang cukup sinonim dengan 'amalan memberi hadiah' di bawah 'signatory' akaun gmail saya [start Februari dah tukar hadis lain]. Hadisnya berbunyi, daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim. " (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Rasulullah SAW sangat menggalakkan sikap suka memberi, samada atas nama sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan. Hal ini disebutkan dalam sabda baginda yang bermaksud, "Nabi SAW suatu hari keluar untuk mengerjakan sembahyang hari raya, lalu baginda bersembahyang dua rakaat. Dan baginda tidak pernah melakukan sembahyang (hari raya) sebelum ia diperintahkan dan sekalipun selepasnya. Kemudian baginda dan bersamanya Bilal pergi ke tempat sekumpulan perempuan dan menyuruh mereka agar bersedekah, maka (atas perintah itu) seorang perempuan menanggalkan gelang dan kalungnya untuk disedekahkan. " (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sabda baginda lagi ketika di atas mimbar yang bermaksudnya: "Dan baginda menyebutkan tentang sedekah, menjaga kehormatan diri, dan tentang meminta-minta. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Maka tangan di atas itu adalah yang memberikan nafkah sedang tangan yang di bawah adalah yang meminta." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Perbezaan Di antara Sedekah, Hadiah Pemberian dan 'Athiyyah

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan 'athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa. (Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

Sementara yang dikatakan sebagai 'athiyyah itu ada dua macam iaitu pemberian seseorang yang dalam keadaan maradh al-maut atau sakit yang membawa kematian disebut sebagai wasiat, dan 'athiyyah ketika masih hidup sama ada bentuk wakaf, hibah atau hadiah. (Al-Tahzib: 4/509)

Di dalam istilah syara' pula, pemberian itu bolehlah diertikan sebagai suatu perjanjian (aqad) yang memberikan kuasa pemilikan kepada seorang lain tanpa mengharapkan sebarang gantian atau pertukaran ('iwadh), pada ketika orang yang memberi itu masih hidup.

Hukum Memberi Hadiah

Menurut Ijmak ulama hukum segala jenis pemberian itu adalah sunat kerana pemberian itu suatu kebajikan, ketaatan, belas kasihan dan ia memberikan pengaruh yang positif di masyarakat; baik bagi yang memberi mahupun yang menerima. Di samping itu ia juga dapat menzahirkan sikap kasih sayang, mengeratkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama manusia. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Qur'an, (Mughni Al-Muhtaj: 2/537) sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Bagi yang memberi, itu sebagai cara melepaskan diri dari sifat bakhil, saranan untuk saling menghormati dan sebagainya. Sedangkan kepada yang diberi, sebagai salah satu bentuk memberi kelapangan terhadapnya, hilangnya kecemburuan dan kecurigaan, bahkan mendatangkan rasa cinta dan persatuan dengan sesama... TAPI hati-hati, hadiah tak boleh disamakan dengan suapan (rasuah)!

Galakkan Sikap Suka Memberi

Galakkan suka memberi itu juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis baginda supaya umatnya sentiasa berkasih sayang sesama mereka. Hal ini digambarkan oleh gaginda dalam sabdanya yang bermaksud, "Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan." (Hadis riwayat Malik)

Sikap saling memberi juga melahirkan kasih sayang sekalipun pemberian itu kecil, kerana pemberian yang kecil atau sedikit bukanlah suatu kehinaan di sisi Allah, bahkan ia akan tetap mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada-Nya. Perkara yang penting bahawa pemberian itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana ikhlas itu roh pemberian. Pemberian yang tidak ikhlas dalam makna berpura-pura atau riya' adalah tidak berguna. Perkara pemberian walau kecil itu disebut melalui sabda baginda yang bermaksudnya: "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)

Kalau dianjurkan untuk dijadikan amalan masyarakat, kenapa tidak dimulakan dalam masyarakat yang lebih kecil, contohnya, mulakan di kalangan keluarga sendiri. Rasulullah SAW amat menggalakkan amalan memberi hadiah dalam rumahtangga kerana dengan cara ini, kasih akan bertambah kerana hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kepada kasih sayang suami terhadap isteri. Seorang suami tidak perlu menunggu isterinya memberi hadiah, sebaliknya suami hendaklah melakukan amalan ini terlebih dahulu. Ini sesuai dengan jiwa wanita yang sukakan sesuatu yang halus dan menggembirakan emosinya.

Sketsa Rumahtangga Rasulullah


Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: "Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu. Beliau (Ummu Kultsum) berkata: Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan ahdiah untuk isteri baginda.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., "Pada suatu ketika Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya. Kemudiah aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami (isteri) yang paling kamu sayang?" Jawab Rasulullah, "Siapa yang ada gelang di lengannya." Keesokkan harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang yang sama."

Kepentingan memberi hadiah

1. Simbol kasih suami terhadap isteri
2. Menggembirakan hati isteri
3. Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami
4. Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati. Sabda Nabi, "Hendaklah
kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan
membersihkan berbagai kekotoran hati/jiwa."
5. Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih
sayang.


Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai." Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, no. 594. Ibnu Hajar berkata, "Sanadnya shahih."

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati. Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."

Nah... Masih berkira-kira hadiahkan sesuatu kepada isteri?

Bagi isteri yang suaminya tak romantik atau berkira sangat nak beri hadiah, tak perlulah terasa hati. Terimalah suami seadanya dan redhalah dengan ketentuan Allah yang suami itu tidaklah sesempurna Rasulullah. Bukan senang untuk merubah manusia, tetapi kita boleh merubah diri sendiri. Untuk menggembirakan hati sendiri, isteri bolehlah berjimat-cermat atau simpan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan sendiri hadiah idaman hati. Bukankah ini lebih memberikan kepuasan?

Renung-renungkan & KamOo Fikir Lah Sendiri yer !~~

Mutiara Orang Sudah Berkahwin

Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh ' Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada

Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas
kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru
rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi)
dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah
pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini
ada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam"

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan
bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."


2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima ' dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak
mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan isterimu selepas zuhor,sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana
jima ' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka
kepada manusia yang bermata juling."

4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima ' , sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima ' yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima ' , (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta ?
iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan
yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api(bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan isterimu kecuali ada padamu
satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah
dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu secara berdiri,
maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing
di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima ' dengan isterimu pada malam ' Aidil
Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak
baginya kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada malam
'Aidil Ad ha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima ' pada malam
tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku
bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu di bawah cahaya
matahari (secara langsung ? direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali
kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat
atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu sewaktu antara
azan dan iqomah, jika berjima ' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu semasa ia hamil
kecuali kamu berdua berwudhu ' , jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya ' ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda
yang jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu di atas loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta
kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :
"Innal Mubazziriina kaanu ? ikhwan Nas ? Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima ' dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat."


ANJURAN BERJIMA '

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu bacalah : "Allahumma
Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian
itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan
oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima ' dengan isterimu pada malam
Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah
Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk
Qada ' dan Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada malam Selasa,
Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati
Syahid sesudah syahadah : ' Anla ilahaillallah wa anna Muhammada
ar-Rasulullah ' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)
bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan
hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu malam Khamis, maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu sewaktu matahari di
tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang
yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada hari Jumaat,
selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,
masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima ' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"


"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA

DARI JIBRIL A.S."?..1*



(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Pertanyaan yg lbh afdal (copy & paste )

Saya sendiri pernah bersalin dengan non-muslim. Anak sulung female bidan non-Muslim, anak kedua bidan lelaki Muslim dan bongsu bidan perempuan Muslim. Semua kelahiran normal.

Di atas kejahilan saya, saya terlepas pandang masalah berkenaan. Saya memohon agar Allah mengampunkan keterlanjuran saya itu.

Sebenarnya ada turutan dalam memilih pakar.
1. doktor wanita Muslim
2. doktor wanita non Muslim
3. doktor lelaki Muslin
4. doktor lelaki non Muslim.

Walau dalam apa keadaan sekalipun, IBU mesti ditemani dengan suami atau Mahram semasa sessi rawatan ini untuk mengelakkan fitnah dsb.

So memang puan boleh bersalin dengan pakar wanita non Muslim (ini kalau mengikut turutan di atas), setelah tiada pakar wanita Musllim di kawasan tempat tinggal.

Perbanyakkanlah istighfar agar Puan dilindungi dari godaan dan fitnah syaitan dan iblis sepanjang dirawat pakar non Muslim tersebut.

Boleh Normal tapi nak C Section ?

Tidak Allah berikan kita dugaan yang tidak boleh dipikul.

Setiap kesakitan, ujian dan dugaan yang Allah beri kepada kita adalah berdasarkan kepada kebijaksaan DIA.

DIA tahu tang mana kita lemah.

DIA tahu kat mana kita kuat.

Mengandung dan melalui proses sakit bersalin banyak bermain dengan emosi, psikologi.

Kalau rasa sakit, memang akan sakit. Kalau redha dan sabar, InshaAllah tetap sakit jugak tapi sakit tu kurang dengan istighfar yang berlanjutan.

Tak salah nak request untuk C Section kalau bersedia dan lebih suka akan cara itu.

Tapi nikmat mungkin tak sama dengan kelahiran normal.

Melalui kelahiran normal, IBU cepat kembali aktif dan boleh duduk tegak sejam selepas melahirkan.

Melalui kelahiran C Section, IBU kena tidur/rehat dan hanya boleh bangun keesokkan paginya (kalau tak silap .. ini saya banyak dengar cerita dari orang ... )

Saya cadangkan Puan cuba bersalin normal. Ini akan menjadi bahan cerita hingga ke anak cucu yang boleh Puan kongsi bersama. Memori indah.

Lagipun suami Puan boleh merakam video sepanjang proses kelahiran normal.

Kalau C Section tak boleh tangkap gambar sebab darah meleleh, perut terbuka luas.

Kalau bersalin normal Puan boleh susukan anak sejam lepas bersalin.

Kalau C Section baby akan minum susu botol sampai IBU boleh menyusukan sendiri lepas ubat bius habis dan IBU boleh duduk tegak.

Sakit kesan gunting dan jahitan di vagina tidak lama, dalam 2 minggu dah kering dan pulih.

Ada banyak cara untuk melegakan kesakitan bersalin normal. Kalau C Section boleh guna Epidural atau bius terus pengsan, kelahiran normal pulak kita boleh cuba suntikan Pethidin, sedutan gas Entonoks dan Epidural ... Banyak cara dan boleh juga berjalan2 dalam wad bersalin untuk hilangkan keresahan sakit.

Apapun IBU menyokong pilihan Puan. Walau apa cara sekalipun yang dipilih ia tidak menyalahi takdir dan bukan melawan takdir kerana apa yang dikatakan melawan takdir ialah memilih sesuatu yang haram dan salah di sisi hukum agama.

Apa yang Puan pilih adalah cara yang mungkin dapat menyelamatkan Puan dan bayi dari kesakitan dan mempercepatkan proses kelahiran.

Perasaan takut dan cemas tidak dapat dielakkan, this is normal.

Just relax, elak tengok drama atau movies yang sedih2 sebab ini boleh pengaruh emosi, be happy, enjoy your pregnancy deeply, be close to your family for a strong support, love yourself as much as you could, eat well, sleep early, take a walk 10 minutes a day, watch Oprah, read more, mengaji, solat sunat, cook your favorite food, go for a swim, eat your vitamins, take a hot bath whenever you can, .. Semua ini akan mengurangkan rasa cemas dan promote happy hormones.

Bila kita happy, semua benda akan jadi mudah ...

Menarik...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!


PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.


Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.


KELIMA.


Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH...
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..


Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.


Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU


Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Wednesday, March 25, 2009

Thursday, March 19, 2009

Senarai Atau Persediaan Barangan Baby

Hospital Checklist * Untuk Ibu *

1 Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2 Kad Pengenalan
3 Telefon Bimbit
4 Baju/Blouses 5
5 Stokin 2
6 Kain Batik 3
7 Baju/Seluar Dalam 5
8 Skaf Kepala/Ki 2
9 Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10 Majalah/Buku
11 Tuala Mandi
12 Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
13 Tuala Muka 1
14 Selipar 1
15 Kamera
16 Air/Minyak Selusuh
17 Minyak Angin
18 Air Zam Zam
19 Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
20 Termos Air Panas
21 Bag Plastik
22 Baju Sejuk (Sweater) 1
23 Sikat 1
24 Breast Pad 4
25 Nursing Bra 4
* Untuk Bayi *

1 Baby Diapers 6
2 Baju 3
3 Minyak Telon 1
4 Baby Wipes/Wet Tissue
5 Tuala Mandi 1
6 Stokin/Sarung Tangan Bayi 4
7 Peralatan Mandi
8 Selimut/Bedung 3
9 Barut 5
10 Topi 1

Keperluan Berpantang (Untuk Ibu)


1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (MemberiKeselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu KalauTandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahanSegar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)

Baby Gear

1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi


Diapering

1 Napkin 1 pek
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming

1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70%- cuci pusat sebelum luruh(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls

Nursering

1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding

1 Botol saiz S 2
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos


Travelling

1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlujika BreastFeed)
4 Infant Carriers

Bathing

1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

Extra

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

99galleries.com


Monday, March 16, 2009

Belajar Berjalan

Start semalam 26.2.2009 Batrisyia dah pandai blajar berjalan dengan bantuan kerusi,mummy cukup happy sayang tengok perkembangan anak mummy sowang nie..

Batrisyia dah pandai makan ais krim amboi..amboi...amboi pantang nengok mummy makan ais krim pasti di panjat2nye mummy dan nangis2 nak..patutnye baby xleh makan lagi,tapi sian punye pasal kasi dia rasa ckit je..dah kasi ckit nak lagi...aduyai anak mummy nie manja tul laa~~

Batrisyia pantang dengar muzik pasti nak nari-nari sambil mengerak2an tangan pinggangnye terketek2 nari2 ihihikSs suke nye nengok ...

Tak lama lagi dah nak masuk umo 11bulan anak mummy nie..alaahai rasa kejab jer anak mummy membesar macam tak caya mummy dah ada anak hihihi..kekadang terpk umo 23thn alhamdulillah da ada anak..aperr anak no2???sabo2 masih fobia lagi la... nanti mummy cite nape mummy fobia untuk melahirkan baby buat kali ke 2..mungkin belum bersedia buat masa terdekat nie... :)

HappY BesdaY To Me

Salam pada pembaca blog zue(mummy)...alhamdulillah 10 Mac 2009 genap laa umo zue 24tahun waaaaa rasa cam dah tua sekarang...tambahan dah ada anak..ada yg pngey makcik kat zue..hihi..nak marah x leh dah memang tua..

Sempena besday zue ni suke sangat ramai orang doakan zue panjang umo murah rezki ,moga bhgia dan sentiasa di dalam payungan kerahmatan Illahi..time kasih kerana mendoakan zue buat :-Mak,ayang,abang,kak maiza,fida,kak yati (umi angkat Batrisyia),Kak ngah,Kak Nurul,Mus,Dzul&As,Nadia,Kak Ja,Abg Am,Dik Umy,Paah,PakCikMat,Nazerah,Adik Arezane,Abg Halim,Abg Muro,Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Belia dan Sukan(dari ebelia),kina,Radziah(ank arwah ust Salleh yang ....zue lupa masukan nama maapyer..apa2 pun zue sayanngg kamoo sumer..alhamdulillah masih ada yang sayang pada diri zue..:) senyum tanda kegembiraan hihikSs


zwani.com myspace graphic comments

50 Aktiviti Menarik Ibu Dan Bayi

Perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksiinteraksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg
disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda
adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang
disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian
masalah di awal usia.

5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma
sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labahlabah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada
sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.

8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang
boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?”
– untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....”).
Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar
lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza;sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada
pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi,lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana
menghiburkan bayi.

13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis,anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok.Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk diatas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan,hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak,
bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa,bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan
menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang
untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh
berlatih menghafal nama warna.

31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan
lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain.Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar
dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda
membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah
video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara
belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman
bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour
dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olokolok
dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya
menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat,selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon,
tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A,
dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Andapasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak
boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang
membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel
emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Tip berkesan yang dapat membantu anda menjadi IBU SUPER!


Sepakat dengan suami perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan
Sesuatu yang perlu anda tahu ialah perkara yang dimarahi suami mestilah sama dengan perkara yang anda marahi. Sekalipun tidak sama, jangan sekali-kali anda membela anak di hadapan suami anda. Hal ini akan menyebabkan anak anda bingung. Sekiranya didapati suami melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, tunggulah pada masa lain untuk berbincang dengannya.
Jangan biar anak rasa terbela ketika membuat kesalahan. Sekiranya anda mengikuti asas ini, maka anda akan mendapati anak tidak akan melawan dan patuh. Saat itu, barulah kita boleh memujuk anak semula dan jelaskan bahawa perkara yang dilakukannya tadi adalah tidak boleh.
Sekiranya boleh, jangan sampai kedua-duanya suka berleter atau kedua-duanya suka marah-marah. Pernah terlihat keluarga yang ayahnya kurang memarahi anak tetapi sekiranya ayah itu meninggikan suara sedikit, anak akan terus ketakutan? Adakalanya juga dengan hanya menyebut nama penuh anak akan menyebabkan anak-anak cukup faham bahawa anda betul-betul sedang marahkan mereka. Justeru, paling penting adalah dengan menyemai rasa hormat anak kepada kita sebagai ibu bapa.

Menerapkan disiplin
Jika diperhatikan, banyak bahagian dalam buku ini adalah secara berjadual. Mengapa teknik ini digunakan? Teknik ini telah banyak menunjukkan testimonial yang sangat berjaya, iaitu di akhirnya, perkara yang terjadual menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Bukankah ini lebih baik daripada hidup tidak berdisiplin?
Anda perlu bersikap tegas terhadap anak-anak anda tetapi janganlah sehingga tiada lemah lembut langsung. Mereka ibarat tanah. Sekiranya tanah itu kasar, siramkanlah dahulu air untuk melembutkannya sedikit sebelum dicangkul. Sejak kecil lagi mereka perlu diberikan pengenalan atas perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka.

Hindari memukul anak sekiranya sedang marah
Ketika anda terasa sangat marah, cubalah kawal diri daripada memukul anak. Hal ini akan menyebabkan pukulan anda terlalu kuat dan hal ini akan membekaskan sesuatu dalam jiwa mereka. Kudrat semasa sedang marah sangat kuat dan akan menyebabkan anda akan terasa berkuasa memukul anak anda.
Kadangkala kita mempunyai masalah lain tetapi pada masa yang sama, anak kita melakukan perkara yang tidak kita sukai. Justeru, kemarahan kita tertumpah kepada si anak. Cubalah bertenang dan tarik nafas perlahan. Fikirkan semula adakah berbaloi sekiranya anda memukul anak yang melakukan kesalahan ketika anda sedang marah?

Ugutan dan herdikan
Sekadar mengugut tidak mendidik anak kerana selalunya kita tidak akan melakukan perkara yang kita ugutkan itu. Anak-anak akan menjadi lali kerana ibu bapa hanya tahu mengugut. Kemungkinan anak menjadi kurang rasa hormat kepada kita akibat daripada perbuatan tersebut.
Herdikan juga menimbulkan kesan yang tidak baik. Kebanyakan masa kita mengherdik, kita akan menggunakan ayat yang tidak sepatutnya. Kata-kata kita ialah doa. Bayangkan kita tega untuk mendoakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kita dan kemudian memarahinya lagi.
Bayangkan kita menggunakan kata seperti, "Budak bangang!!" Sanggupkah kita mendoakan anak dengan perkataan kesat seperti ini? Sekalipun kesabaran kita memang benar-benar sedang diuji, mengapa tidak kita memilih untuk menggunakan cara yang berhikmah berbanding dengan kaedah seperti ini yang jelas tidak pernah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w?

Kaedah Rasulullah s.a.w dan sahabat mendidik anak
Bak kata pepatah English, ‘Spare the rod, spoil the child’. Menunjukkan tidak lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur."
(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.
Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:
Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.
Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.

Dalam hadis di atas juga ada menyatakan bahawa jika keadaan memerlukan, kita dibenarkan merotan anak selepas dia berumur 10 tahun. Jadi, setiap kali terlintas untuk merotan, niatkanlah aku tidak akan merotan anak ini sehingga umurnya 10 tahun kerana mengikut perkara yang Rasulullah s.a.w katakan. Maka besarlah pahala kerana perlakuan ini.

Pakar psikologi menyatakan bahawa anak yang berumur 10 tahun ke atas sudah boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan. Hal ini bermakna jika kita memukul anak yang lebih kecil dari usia itu adalah hampir tiada gunanya atau akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pula. Bukankah itu akan merugikan?

Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum. Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri. Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.

Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran. Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan. Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.
Walau bagaimanapun, jadikanlah merotan sebagai jalan terakhir. Hai ini kerana kebanyakan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang bukan dengan pukulan. Cubalah menjadi waras sekalipun kita dalam keadaan marah yang amat sangat. Sekiranya kita telah memberikan pendidikan yang sewajarnya, pastinya rotan tidak diperlukan lagi.


99galleries.com